Header Ads

TERENGGANU MULA DILANDA BANJIR

KUALA NERUS – Seramai 14 orang mangsa pertama banjir telah dipindahkan pada pukul 5.30 ke dewan Serbaguna Mengabang Telipot pagi tadi berikutan limpahan air hujan masuk ke kawasan perumahan.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, hujan yang bermula dari semalam berterusan di sebahagian besar negeri Terengganu di beberapa daerah tertentu telah menyebabkan kenaikkan air (banjir).
Katanya , pusat permindahan telah dibuka tetapi tidak begitu teruk, kerana kenaikan paras air laut tidak  kritikal lagi.
“Bila hujan lebat aliran air untuk keluar kelaut masih dalam keadaan terkawal,cuma disebahagian kawasan-kawasan kita fikirkan rendah yang mana airnya bertakung dan sebagainya itu menyebakan air berlaku dan melimpah sehingga ke perumahan.
“Pihak APM akan sentiasa melakukan pemantau dari masa ke semasa, dan pagi ini pegawai APM akan berada di pusat pemindahan untuk membantu penduduk yang terjejas dengan banjir yang berada di pusat pemindahan tersebut, katanya kepada pemberita hari ini.
Tambahnya , pihak APM akan menyerahkan kit bekalan makanan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan.
Sehubungan dengan itu, menurut sumber Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu (JBS) semua paras air sungai di negeri Terengganu  9.00 pagi masih di bawah aras waspada kecuali sungai Chalok di jambatan Chalok aras 7.31 meter melepasi aras waspada 7.00 meter.

No comments