Header Ads

1MDB: Ahmad Said beri keterangan lima jam di SPRM

1MDB: Ahmad Said beri keterangan lima jam di SPRM


PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selesai memberi keterangan kira-kira lima jam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi tadi dan ditemani menantu lelaki Syahirpaul Musa, menawarkan diri untuk memberi keterangan bermula 11 pagi ini.
Ahmad berkata beliau memberi keterangan secara sukarela memandangkan sebelum ini menawarkan diri untuk memperjelaskan beberapa perkara berkaitan Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA).

"Saya memperjelaskan semua perkara ditanya kepada saya iaitu dokumen 17 muka surat yang dikemukakan kepada saya.

"Saya mengesahkan tetapi tidak boleh berkongsi mengenai dokumen kerana ia akan mengganggu siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan tersebut, hari ini.

-SUMBER AWANI

No comments