Header Ads

Lelaki maut kereta terhumban dalam gaung

Lelaki maut kereta terhumban dalam gaung

DUNGUN - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandu terbabas dan terhumban di dalam gaung sedalam lima meter di kilometer 12, Jalan Pasir Raja, Kampung Kula Jengai, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kereta jenis Proton Wira dipandu Tengku Mohd Ali Tengku Ja’afar, 43 dipercayai terbabas merempuh tiang elektrik sebelum terhumban di dalam gaung.

Mangsa yang beralamat dari kampung Syukur meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Sepasukan bomba dari Balai Bandar Al-Muktaffi Billah Shah dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar AMBS, Jaswari Awang berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja mendapat panggilan kecemasan pada jam 3.35 petang.

Menurutnya, setibanya di lokasi didapati mangsa tersepit di dalam kereta.

“Kami mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris dan ahli keluarga.

-SUMBER SINAR HARIAN

No comments