Header Ads

OPERASI RAYA

KUALA TERENGGANU
11 Jun 2018 


Pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM Terengganu terlibat melaksanakan tiga operasi, termasuklah berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia-PDRM, Lembaga Lebuhraya-LLM dan kerajaan negeri.

Iaitu terdiri Ops Bantu kali ke-17, Ops Lebuhraya Pantai Timur-LPT2 kali ke-8 dan Ops Selamat buat kali ke-13 melibatkan keseluruhan 420 anggota APM dari seluruh negeri itu.

Jelas Pengarah APM Terengganu Leftenan Kolonel Pertahanan Awam Che Adam A Rahman, Ops Bantu dilaksanakan selama empat hari bermula 13 haribulan ini melibatkan jalan-jalan negeri dan persekutuan, adalah untuk membantu mana-mana pengguna jalanraya yang mengalami masalah teknikal kenderaan, khususnya di 21 kawasan ‘hot-spot’ yang dikenalpasti. 

Manakala OPS LPT2 pula melibatkan penempatan pasukan medikal dan ambulans yang berada dalam keadaan bersiap sedia di susur keluar Bukit Besi, Dungun dan susur keluar Chukai di Air Putih Kemaman.

Tambahnya, operasi tersebut merupakan kerjasama serta inisiatif kerajaan negeri yang bermula 10 haribulan, iaitu SEMALAM selama 10 hari melibatkan penugasan 100 anggota APM.

Seterusnya Ops Selamat kali ke-13 yang dilaksanakan selama 17 hari bermula lapan haribulan lalu adalah kerjasama bersama antara PDRM dan LLM.

Pada operasi berkenaan seramai 220 anggota APM ditugaskan secara berkala di kawasan Rawat dan Rehat di Perasing, berserta susur Keluar di Ajil, Hulu Terengganu dalam ‘mode’ keadaan siap siaga membantu pengguna LPT2 yang mengalami kesukaran.



Leftenan Kolonel Che Adam berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran serta Gimik pelepasan ketiga-tiga Ops berkenaan bagi musim perayaan Aidilfitri 2018 di ibu pejabat APM di Kuala Nerus, Terengganu.

No comments