Header Ads

BAJET TERENGGANU 2018 : AIR PERCUMA


 KUALA TERENGGANU 11 DIS 2017


Pembentangan Bajet Negeri Terengganu 2018.

Seramai 1.22 juta penduduk Terengganu bakal menikmati bekalan air percuma sehingga 20 meter padu sebulan, mulai awal tahun depan.

Langkah diambil kerajaan negeri itu bakal memberi manafaat kepada 100-ribu buah rumah, melibatkan peruntukan berjumlah 6.3 juta ringgit setahun.
  
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pemberian bekalan air percuma itu hanya melibatkan pengguna domestik di negeri tersebut.

Ia merupakan usaha kerajaan negeri dalam mengalakkan rakyat Terengganu mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air bersih secara bijaksana, kerana ia merupakan sumber yang terhad.

ketika membentangkan Bajet 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.anya, pengumuman insentif itu membuktikan keprihatinan kerajaan, walaupun tarif air Terengganu merupakan kedua terendah di negara ini.

Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri juga turut memperuntukkan 47.88 juta ringgit untuk pembangunan bekalan air dan program pengurangan Air Tidak Berhasil, NRW sepanjang tahun depan.

Terdahulu Datuk Seri Ahmad Razif membentangkan Bajet  Terengganu 2018 berjumlah 1.996 bilion ringgit dengan defisit sebanyak 181 juta-ringgit, berbanding anggaran kutipan hasil berjumlah 1.815 bilion ringgit. 

No comments