CERIA RAMADHAN TFM
KUALA TERENGGANU 21 MEI 2018
By Wara
By Wara
Bagi terus mengimarahkan Bulan Ramadhan Terengganufm TFM menerbitkan 14 program tahun ini.
Selain program diterbitkan di studio atau secara langsung di konti juga program dijayakan bersama pelbagai agensi di negeri ini.
Antaranya termasuk Ceria Ramadhan, Jelajah Ramadhan, Nak Masak Menda, Cuit-Cuit Ramadhan, Hidayah Nur Ramadhan, Ziarah Ramadhan dan Tadarus Al Quran.
Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu Sukri Mohd berkata Program Ceria Ramadhan antara yang paling meriah setiap tahun apabila TFM berkesempatan bersama dengan golongan kurang berkemampuan.
Program akan diteruskan sehingga akhir ramadhan sebagai satu tanggungjawab sosial korporat bersama masyarakat sekaligus mendekatkan juruhebah bersama pendengar.
Permulaan program Ceria Ramadhan bermula dengan Majlis berbuka Puasa bersama hampir 120 anak yatim dari 22 buah sekolah seluruh negeri di Sumai Hotel Apartment Kuala Terengganu.
Pengurus Residentnya Rosdi Mohamad berkata program bersama tfm kali ini merupakan tahun kesembilan pihaknya meraikan anak yatim.
Setiap tahun majlis berbuka akan dimulakan bersama anak yatim sebelum dibuka kepada pengunjung lain.
Keceriaan raut wajah anak-anak yatim cukup memberi kepuasan kepada juruhebah radio yang turut sama meraikan mereka.
"kita tengok anak yatim ni kita rasa gembira sbb ni anak-anak yatim yang betul2 miskin yang dipilih oleh guru bukan dari Darul Falah yang mendapat bantuan dari kerajaan" ujarnya.
Selain di Sumai program Ceria Ramadhan juga berlangsung serentak di Primula Beach resort dan Batu Buruk Beach resort Kuala Terengganu.
Post a Comment