Header Ads

RPW SERANG TANAMAN KELAPA


DUNGUN 23 MEI 2017


Serangan Kumbang Merah Palma RPW terhadap tanaman Pokok Kelapa di Kampung Baru Kuala Abang semakin serius. 

Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam berkata, pihaknya akan menyalurkan peruntukkan berjumlah 5-ribu ringgit bagi membantu penduduk kampung berkenaan yang terlibat.

Walaupun jumlah tersebut kecil berbanding anggaran sebenar. Peruntukan disalurkan itu adalah untuk pembelian racun, suntikan dan penebangan pokok mati secara bergotong-royong menggunakan konsep Strategi Lautan Biru, NBOS. 

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Jom Bantu Rakyat Agihan Input Pertanian dan Pengawalan RPW di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun. 

Menurut Datuk Din dalam tempoh 3 bulan, statistik bancian Jabatan Pertanian mendapati, hampir 300 daripada lebih seribu-300 kelapa di kampung berkenaan rosak akibat serangan RPW.

No comments