KOMPLEKS ABATOIR DAPAT PENGIKTIRAFAN JAKIM
KUALA TERENGGANU 8 MEI 2017
Kompleks Abatoir Kuala Terengganu Jabatan Perkhidmatan Veterina di Gong Badak merupakan pusat penyembelihan
Kompleks Abatoir Kuala Terengganu Jabatan Perkhidmatan Veterina di Gong Badak merupakan pusat penyembelihan
lembu atau kerbau PERTAMA di Terengganu yang mendapat mengiktirafan Halal oleh
JAKIM .Pengiktirafan
tersebut
diperolehi hanya setelah 21 tahun kompleks itu ditubuhkan.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri,Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata,
ia mengambil masa yang lama kerana perlu
mengikut prosedur
ditetapkan termasuk menaiktaraf kompleks itu
melibatkan 1.4 juta ringgit.
Pengiktirafan ini juga penting bagi menjamin dan memastikan daging yang dikeluarkan dari rumah sembelihan bersih
dan selamat
dimakan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Halal Kompleks Abatour Kuala Terengganu.
Kompleks ini boleh menampung sehingga 40 ekor lembu atau kerbau
dalam sehari.
Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterina (Kesihatan Veterina) Dato Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam
berkata, Terengganu merupakan negeri ke lapan daripada 28 buah pusat penyembelihan di
seluruh Negara ini
menerima pengiktirafan sijil berkenaan.
Post a Comment