Header Ads

SUKMA 2018: MISI JUARA


KUALA NERUS 11 SEPTEMBER 2017

Selaras dengan hasrat ingin kembali merangkul kejuaraan pada Sukan Malaysia, SUKMA 2018 di Perak.

Kontinjen Terengganu kali ini membuat persiapan lebih awal bagi memastikan kejuaraan temasya edisi ke-19 itu nanti menjadi milik mereka.

Berikutan itu juga Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu, MSNT mengatur perancangan rapi dalam tempoh setahun ini.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat, pihaknya kini sudah memasuki fasa kedua melibatkan hampir 700 atlet dari pelbagai acara sukan yang bakal dipertandingkan.

Manakala hampir 500 atlet yang akan dipilih untuk membawa cabaran Terengganu pula ditentukan pada bulan Disember ini.

Selain menjangkakan beberapa acara mampu menjadi penyumbang utama pingat, antaranya judo, berbasikal, memanah dan menembak.:

"INI MEMPUNYAI LATIHAN KHUSUS DAN PERSEDIAAN YANG RAPI. YANG AKAN DISELIA OLEH MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU. DAN SAYA TELAH MEMINTA MEREKA SUPAYA MEMBUAT KAJIAN LEBIH AWAL MANA-MANA SUKAN YANG KITA JANGKA AKAN MEMBERI PINGAT YANG BAIK PADA KITA. KITA AKAN MEMBERI LATIHAN ..INSENTIF. TERMASUKLAH LATIHAN DI LUAR NEGARA DAN SEBAGAINYA".

Dato’ Rozi berkata demikian selepas merasmikan Majlis Himpunan Kontinjen SUKMA Terengganu menjelang ‘Kira Detik Setahun Sebelum SUKMA 2018’ di Dewan Arena, Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wan Nawawi Wan Ismail, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong dan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu.

Terengganu sebelum ini pernah muncul selaku juara Sukma, iaitu pada tahun 2008, 2010 dan 2012 serta menduduki tangga ketiga pada temasya tahun lalu, dibelakang Selangor dan tuan rumah, Sarawak.

No comments