Header Ads

FORUM 'NOTHING TO HIDE 2.0'

KUALA TERENGGANU 24 JULAI 2017

Sedia bersemuka dan berharap pihak penganjur dapat menentukan tarikh, tempat dan masa bersesuaian bagi kedua-dua pihak.

Malah yakin forum terbuka ‘Nothing To Hide 2.0’ bersama Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang djadual pada 13 Ogos ini berjalan dengan lancar.

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr MOhd Puad Zarkashi ketika ditanya pihak media berkenaan kesanggupan beliau untuk mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir sebagai salah seorang peserta forum tersebut.

Selain bakal menjawab beberapa soalan dikemukakan, Datuk Dr Mohd Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Jasa memberitahu terdapat beberapa isu yang turut ingin diutarakan kepada Tun Dr. Mahathir ketika era kepimpinannya dahulu.:

"KEPUTUSAN YANG BETUL, KERANA TIDAK SEMESTINYA DEBAT  ANTARA BELIAU DENGAN PERDANA MENTERI SAHAJA. MAKSUDNYA DENGAN SESIAPA PUN BOLEH, DAN SAYA FIKIR, SAYA JUGA SEBENARNYA BANYAK BENDA UNTUK DIBANGKITKAN DAN PERLU JUGA JAWAPAN DARIPADA BELIAU, SESUAI DENGAN APA YANG DI KATA “NOTHING TO HIDE”.

Kata Datuk Dr. Mohd PuaD selepas hadir meraikan Majlis Hari Raya Aidilfitri Jasa Terengganu di Dewan Ehsan FELDA Wilayah Terengganu, Tepoh Kuala Nerus.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail, dan kepimpinan setempat.

Selain bersama-sama meraikan kehadiran 50 anak yatim dari Asrama Darul Akhyar Batu Rakit, Kuala Nerus.

Sementara itu, menurut Datuk Dr. Mohd Fuad kesemua seribu-28 anggota Jasa di seluruh negara dimaklumkan sudahpun bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Khususnya dibahagian jentera komunikasinya dalam menangkis  dan menjawab kembali segala fitnah dilontarkan pihak tertentu, serta menyampaikan maklumat sebenar dasar-dasar kerajaan.

No comments