Header Ads

STPM CEMERLANG


KUALA NERUS
8 Mac 2018  KHAMIS

Ke arah usaha mengekalkan kecemerlangan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, STPM.

Kerajaan negeri Terengganu akan menyalurkan tambahan kewangan berjumlah 5 ribu ringgit untuk setiap sekolah yang mempunyai pelajar tingkatan enam melibatkan 47 sekolah di negeri itu pada tahun ini.

Jelas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, bantuan tambahan itu akan disalurkan kepada setiap sekolah untuk kegunaan program pembelajaran pelajar STPM.

Bertujuan agar para calon STPM berkenaan memperolehi keputusan cemerlang dan seterusnya mengekal, serta mengatasi pencapaian terbaik pada tahun lalu.:

"MAKNA KITA BERI LAGI LIMA RIBU KEPADA 47 BUAH SEKOLAH UNTUK MEREKA MENGADAKAN PROGRAM-PROGRAM KECEMERLANGAN. DI SAMPING PERUNTUKAN EMPAT JUTA YANG TELAH KITA BERI KEPADA JABATAN PENDIDIKAN. EMPAT JUTA UNTUK KECEMERLANGAN ITU LAIN. DAN TAMBAHAN-TAMBAHAN DUIT YANG LAIN TERMASUK BANTUAN PIBG DUA RIBU RINGGIT SETIAP SEKOLAH. JADI BERMAKNA SEKARANG INI KERAJAN NEGERI TERENGGANU BERANI UNTUK MEMBUAT SATU INVESTMENT YANG BESAR, DALAM BIDANG PENDIDIKAN," ujarnya


Dato’ Seri Ahmad Razif berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri Kuala Nerus dan Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2018 di Kuala Nerus, Terengganu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi  Kerajaan Negeri Terengganu, A. Latiff Awang dan Pengarah Pendidikan Negeri, Safruddin Ali Hussin.

Terdahulu Dato' Seri Ahmad Razif dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria menyampaikan sumbang insentif kerajaan negeri kepada 100 calon STPM 2017 Terengganu yang memperolehi kesemua Prinsipal A berupa Komputer Riba dan Tablet melibatkan nilai keseluruhan berjumlah 300-ribu ringgit.

Pada majlis penyerahan ini, 23 pelajar cemerlang PNKG 4.0 yang hadir bersama-sama ibu bapa dan penjaga masing-masing, menerima sumbangan set komputer riba.



Manakala 77 pelajar cemerlang yang memperolehi kombinasi A dan A minor bagi EMPAT Prinsipal pula, menerima satu set Tablet.

No comments