Header Ads

MALAM ANUGERAH KEWARTAWANAN UNISZA 2017






TERENGGANUFM SAPU BERSIH.


RTM Terengganu mengungguli sebahagian daripada 10 anugerah yang dipertandingkan dalam majlis anugerah kewartawanan Unisza 2017, MAKEUNISZA 2017.

Lebih membanggakan, ia turut ‘menyapu bersih’ 4 kategori bagi anugerah berita radio Terbaik.


Bagi anugerah tersebut, Azrul Faizal Jusoh memenangi kategori pendidikan, Mohd Taufik Adanan;kategori siswa, Noorazilla Md Sani; kategori komuniti manakala Nur Asyran Mohd Nor penyandang kategori penyelidikan.

Nur Asyran sekali lagi memenangi hadiah bagi anugerah berita tV terbaik di dalam kategori siswa.

Di bawah anugerah sama, Wartawan Mohd Noor Yusof pula sapu bersih 2 kategori lain yang dipertandingkan iaitu penyelidikan dan komuniti.
Beliau turut terpilih menerima Anugerah Khas Media Naib Canselor.

Pemenang menerima hadiah wang tunai 500-ringgit bagi setiap kategori yang pertandingkan.

Selain itu, RTM terengganu turut memenangi anugerah liputan berita Tv terbanyak bagi kategori media cetak dan anugerah khas media radio.
Hadiah-hadiah disampaikan naib canselor unisza, Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.



No comments