Header Ads

MUARA SUNGAI MERCANG DIPERDALAM


MARANG 3 April:


Muara Sungai Merchang, Marang yang cetek bakal dipedalamkan, apabila Kerajaan Pusat telahpun meluluskan peruntukkan berjumlah 43-juta ringgit untuk membina ‘break water’ di muka kualanya.

Projek dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan tersenarai dalam Rancangan Malaysia ke-11 itu dijadual dilaksanakan pada bulan Mac tahun hadapan.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Negeri Terengganu A. Latiff Awang, sebelum ini, pihak kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih 20-ribu ringgit setiap tahun bagi mendalamkan muara ini.

Namun usaha bagi membantu bot nelayan pesisir pantai keluar-masuk ke laut, hanya dapat bertahan beberapa bulan sahaja sebelum muara ini kembali cetek.

Oleh itu, kelulusan kerajaan pusat bagi melaksanakan pembinaan ‘break water’ di muara Merchang ini amat disambut baik oleh pihaknya kerana bakal memberi manfaat kepada para nelayan di mukim berkenaan.

" Kemudahan break water tadi dan kedalaman muara ini akan memberi kesan kepada seramai lebih 500 nelayan terutama dari Jambu Bongkok, Pasir Putih dan Gong Balai,' ujarnya.

A. Latiff berkata demikian selepas Menyempurnakan Majlis Pelancaran SUPER Merchang dan Melabuhkan Unjam di Pangkalan Merchang, Marang.

Terdahulu pada program ini, beliau turut menyerahkan borang keahlian baharu SUPER Merchang dan Menyerahkan Jaket Keselamatan kepada Nelayan setempat, serta Menaikkan Bendera SUPER, sebelum menaiki bot menuju ke kawasan melabuhkan Unjam.

SUPER merupakan singkatan Sukarelawan Perikanan terdiri golongan nelayan yang berdaftar dibawah Jabatan Perikanan bagi membantu usaha menjaga ekosistem perikanan dan sumber laut negara.

No comments