Header Ads

Jom serbu Karnival Tentera Bersama Rakyat 3 Februari ini

Jom serbu Karnival Tentera Bersama Rakyat 3 Februari ini



Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Karnival Tentera Bersama Rakyat pada 3 Februari ini di Taman Perumahan Telaga Daing Seberang Takir yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik sepanjang sehari ia berlangsung.
Program yang bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam itu dimulakan dengan acara Senamrobik TTB diikuti dengan Pasar Jualan Sentuhan Rakyat serta Pameran dan pemeriksaan kesihatan.
Tidak ketinggalan Sukaneka untuk seisi keluarga, spek mata percuma dan Ziarah Kasih RAMD bersama MenteriBesar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Jamuan rakyat akan diadakan pada jam 12 tengah hari dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak jam tiga petang.
Bagi peminat raja buah boleh sertai Jom Makan durian jam lima petang.
Di sebelah malam Final Battle of the band bersama Joras, Food truck percuma dan Cabutan Bertuah akan diadakan.
Program ini antara lain adalah bertujuan mengeratkan hubungan anggota tentera dengan rakyat yang sekian lama terjalin.
Jom pakat mari ramai-ramai!

No comments