Header Ads

Makin popular, gadis OKU jual 240,000 kuih bakul

Makin popular, gadis OKU jual 240,000 kuih bakul



CHUKAI - Tempahan kuih bakul dan kuih bulan keluaran gadis kurang upaya (OKU) sempena Tahun Baru Cina meningkat lima kali ganda berbanding 2017.

Sebanyak 240,000 kuih bakul dan 50,000 kuih bulan yang dihasil dari kilang Haziqah Nurul Huda Harun ditempah sejak awal tahun, lapor Harian Metro.
Dibantu 10 pekerja, usahawan 22 tahun itu boleh menghasilkan 30,000 kuih bulan setiap bulan, termasuk untuk memenuhi tempahan dari Singapura.
Lebih 200 pelanggan membeli terus dari kilangnya di Bukit Kuang dekat sini.
Sejak kilangnya beroperasi Oktober tahun lalu selama 24 jam, beliau merancang untuk menembusi pasaran negara China pada Mac ini.
Mempunyai 100 ejen di seluruh negara, syarikat Haziqah juga mempelbagai perisa kuih bakul seperti durian, cempedak, coklat dan jagung.
Sebelum kilang itu dibuka, tempahan kuih bakul Haziqah sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu hanyalah 4,000 biji, dua ganda bulan biasa.
Menurut Bernama, beliau mempelajari pembuatan kuih itu daripada sahabat Facebooknya, yang berasal dari Beijing, China, dua tahun lepas.

No comments