HARGA IKAN DI TERENGGANU NAIK.
KUALA TERENGGANU 31 MEI 2017
Kenaikan harga ikan segar sehingga 30 peratus di pasaran negeri Terengganu pada awal bulan Ramadhan disifatkan sementara.
Permintaan pasaran yang tinggi juga dilihat antara penyumbang terhadap kenaikkan harga tersebut.
Jelas Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Zawawi Ali, pihaknya menjangka harga ikan di pasaran akan kembali normal selepas musim perayaan dan cuti sekolah pertengahan tahun.
Selain menafikan kewujudan peranan dan penglibatan orang tengah berkaitan peningkatan harga bekalan ikan segar di Terengganu.
Zawawi berkata demikian selepas meninjau aktiviti pendaratan dan penjualan bekalan ikan segar di Jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, LKIM Pulau Kambing Kuala Terengganu.
Sementara itu menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Perniaga-Peniaga Ikan Kuala Terengganu Selatan, Johari Abdul Jalil, kekurangan operasi penangkapan pada awal Ramadhan juga dilihat menjadi salah satu faktor terhadap peningkatan harga ikan segar di Terengganu.
Malah memaklumkan bot bersaiz sederhana dari jenis A, B dan C yang berlabuh di Kompleks LKIM Pulau Kambing ini hanya memulakan operasi penangkatan di laut sejak kelmarin.
Untuk rekod, pendaratan ikan di Terengganu sehingga April 2017 meningkat 3.62 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu mencecah hampir 13-ribu tan metrik dengan nilai 77-juta ringgit.
Post a Comment