Header Ads

OPS RAYA


KUALA TERENGGANU 22 Jun 2017 



Bersempena Aidilfitri tahun ini…

Polis Diraja Malaysia PDRM Terengganu hanya membenarkan 10 peratus daripada keseluruhan 3-ribu 474 pegawai dan anggotanya bercuti.

Jelas Ketua Polis Terengganu Dato' Aidi Ismail, anggota dan pegawai yang bertugas juga akan terlibat dalam Ops Selamat bermula 18 Jun hingga 2 Julai ini.

"Tumpuan kita sudah tentu untuk melancarkan perjalanan dan yang keduanya kita akan menguatkuasakan peraturan jalanraya. Saya nasihatkan kepada semua pengguna supaya mematuhi peraturan jalanraya," ujarnya.

Beliau berkata demikian bersempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat 11/2017 di Radio Malaysia Terengganu.

Selain mejangkakan kesesakan bakal berlaku di tujuh laluan di Terengganu, berikutan kepulangan para perantau ke kampung halaman.

Masing-masing empat laluan di daerah Kuala Terenganu, iaitu Jalan Sultan Mohamad, Jalan Tengku Mizan, Bulatan Batu 6 menghala ke Banggol Air Lilih dan Plaza Tol Kuala Terengganu.

Manakala dua di daerah Setiu, iaitu Persimpangan Chalok dan Persimpangan Guntung Luar, dan Pekan Jertih di Besut.

Sementara itu Dato’ Aidi turut memaklumkan pihaknya telah mengenalpasti dua lokasi yang yang kerap berlaku kemalangan di Terengganu.

Iaitu Kilometer 10.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Chendering dan Kilometer 72 hingga 73 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Pulau Serai, Dungun.

No comments