Header Ads

SKMM PANTAU LIPUTAN KOMUNIKASI



HULU TERENGGANU :

Elak Gangguan Berulang..

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, SKMM sedang memantau perkhidmatan liputan komunikasi di seluruh negeri Pantai Timur, untuk menyelesaikan isu gangguan perkhidmatan yang melanda baharu-baharu ini.

Penyedia perkhidmatan komunikasi seperti Celcom, DiGi, Maxis, UMobile juga dilaporkan sedang menjalankan kerja-kerja penaiktarafan sistem rangkaian dan perkhidmatan komunikasi mereka, bagi memberi kadar liputan yang terbaik.

Jelas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari, sebahagian besar kerja penaiktarafan itu telahpun selesai dan berfungsi, termasuklah penaiktarafan sistem 2G kepada 3G.

Manakala kerja-kerja lain masih diteruskan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Aidilfitri.

Dato’ Jailani berkata demikian kepada pihak media di Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Setempat di Masjid Tok Randok, Ajil, Hulu Terengganu.

Selain itu beliau turut memaklumkan, pihak penyedia perkhidmatan komunikasi juga sedang menyemak situasi kualiti liputan di lokasi-lokasi tumpuan seperti Rehat dan Rawat-R&R, Jalan-Jalan Utama, Lebuh Raya dan Bandar-Bandar Utama.

No comments