Header Ads

TUBE MEGA 2017: PERMOHONAN DILANJUT HINGGA AHAD INI.

KUALA TERENGGANU 15 JUN 2017

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI dibawah agensinya SME Corp, HARI INI memaklumkan melanjutkan lagi tempoh pemohonan pendaftaran Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera, TUBE Mega 2017 selama 3 hari, iaitu sehingga 18 haribulan, Ahad ini.

Pemohonan pendaftaran program berkenaan boleh dilakukan secara online di laman sesawang SME Corp.

Jelas Timbalan Menteri MITI, Datuk Ahmad Maslan, pendaftaran pemohonan TUBE Mega yang dibuka sejak 23 Mei lalu, sehingga kini telahpun mencapai 7-ribu 200 permohonan dari seluruh negara.

Namun pihaknya mengambil langkah melanjutkan tempoh masa selama tiga hari lagi bagi memberi peluang kepada belia berumur antara 18 hingga 30 tahun yang berminat serta layak mengikut syarat ditetapkan untuk memohon.

Katanya negeri Sabah, diikuti Kelantan, Terengganu, Johor dan Sarawak merupakan antara lima buah negeri mencatatkan bilangan pemohonan tertinggi, setakat ini.

Datuk Ahmad berkata demikian selepas hadir menjadi tetamu di Terengganu fm dan dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu.

Turut hadir Pengarah Penyiaran Negeri Terengganu Nordin Sulaiman.

Pada tahun ini, seribu pelatih TUBE Mega 2017 yang terpilih bakal ditempatkan di 10 Kem PLKN di seluruh negara selama 3 minggu, bagi persiapan fizikal dan mental serta ilmu keusahawanan.

Penambahan bilangan peserta itu adalah susulan daripada rentetan kejayaan tiga siri TUBE, sejak mula diperkenalkan pada tahun 2014.

Sehingga kini program TUBE telah melahirkan lebih seribu-400 usahawan muda bumiputera berjaya dalam pelbagai bidang peniagaan kecil dan sederhana di seluruh negara dengan mencatatkan nilaian jualan mencecah rm38.6 juta.

No comments