Header Ads

SANTAI BERSAMA PENDENGAR TFM


KUALA TERENGGANU 14 JUN 2017 



Bagi menceriakan lagi suasana bulan Ramadhan kali ini bersama-sama dengan pendengar setia radio Terengganu fm.

Buat julung kalinya warganya terdiri ikon dan juruhebah stesen radio tersebut mengadakan  aktiviti berbuka puasa di Pantai Batu Burok Kuala Terengganu, petang.

Jelas Penyelaras Program aktiviti ini yang juga Ketua Bahagian Rancangan Terengganu fm, Rida Suzirawati Muda, Pantai Batu Burok dipilih kerana ia merupakan antara lokasi tumpuan ramai berkumpul untuk menikmati juadah berbuka puasa.

Ini ditambah suasana persekitaran yang meriah dengan kehadiran pelbagai gelagat pengunjung bersama rakan dan keluarga masing-masing, menikmati keindahan alam ketika menunggu waktu berbuka.

Di samping membawa beberapa juadah makanan yang pastinya turut dibeli di Bazar Ramadhan berhampiran.

Aktiviti berbuka puasa Terengganu fm ini turut diserikan lagi dengan kehadiran penceramah keagamaan yang sememangnya dikenali ramai, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Terdahulu, pensyarah dari Universiti Sultan Zainal Abidin-UniSZA ini juga secara santai menyampaikan tazkirah berkaitan Hikmah Keberkatan Ramadhan, selama 30 minit sebelum masuk waktu berbuka.

Beberapa pengunjung ditemui juga berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.:

Program aktiviti santai ini turut dihadiri Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu, Nordin Sulaiman.

Sementara itu dalam usaha menceriakan lagi suasana Ramadhan tahun ini dengan aktiviti amal.

Pada lewat malam sebelumnya, para warga Terengganu fm turut terlibat dalam aktiviti pengagihan juadah sahur kepada kakitangan, dan waris penjaga di Hospital Sultanah Nur Zahirah-HSNZ Kuala Terengganu.

Program sumbangan amal ini diadakan bersama sebuah Badan Bukan Kerajaan, NGO dengan kerjasama pihak Majlis Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, MAIDAM. 

No comments