MB TINJAU AKTIVITI PELANCONGAN PULAU REDANG
SETIU 4 JUN 2017
Sebagai usaha menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke pulau redang.
Kerajaan Negeri Terengganu akan mengambil langkah menambahbaik dan menyelesaikan beberapa perkara, termasuk berkaitan penduduk setempat.
Sekaligus menjanakan lagi sumber ekonomi berkaitan pelancongan di pulau peranginan tersebut.
Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman selepas mengadakan tinjauan terhadap penambahbaikan kemudahan awam di sekitar Jeti Merang, Penarik-Setiu, sebelum bertolak bersama rombongan pegawai kanan kerajaan negeri, wakil agensi jabatan berkaitan dan pihak media ke pulau Redang untuk lawatan kerja selama dua hari.
Katanya rombongan tersebut juga bakal meninjau beberapa lokasi dan bertemu penduduk setempat bagi merancang pelaksanaan beberapa perkara yang boleh membantu mereka.
"Kita rasa kebanyakan pelancong-pelancong yang yang datang, tidak banyak sangat impak kepada penduduk setempat jadi kita nak lihat dan buat penambahbaikan. Mungkin kita perlu adakan `Nite Market' atau aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada mereka dalam industri ini.'' ujarnya.
Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Razif yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri memaklumkan, kemudahan Jeti Merang yang baharu dibuka tahun ini dapat menampung 500 hingga 700 pelancong dalam satu-satu masa, sebelum menaiki bot.
Malah pihaknya juga merancang menambahkan lagi bilangan kedatangan pelancong dengan mengambil kira isu-isu keselamatan dan penjagaan terhadap habitat ekosistem marin di pulau peranginan itu seperti terumbu karang.
Post a Comment