Header Ads

JELAJAH RAMADAN 2017: ANAK YATIM CERIA

KUALA NERUS 16 JUN 2017


Keceriaan jelas terpancar di raut wajah 50 anak yatim dalam dewan undangan Negeri kawasan Teluk Pasu apabila mereka diraikan sempena Program Jelajah Ramadhan RTM peringkat Terengganu.

Bertempat di Mydin Mall gong badak kuala nerus anak yatim berkenaan cukup ceria apabila dapat memilih sendiri pakaian raya dan kasut raya.

Istimewanya kali ini program mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia, PDRM Kontinjen Terengganu

Bagi Ketua Polis negeri Datuk Aidi Ismail sumbangan dihulur membantu menambhkan sinar menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Penyiaran Terengganu Nordin Sulaiman bersama Dj-Dj Terengganufm yang membantu memilih pakaian raya.

Hadir sama Pegawai Penyelaras Dun Teluk Pasu Che Mansor Salleh.

Bagi yang diraikan sumbangan amat bermakna buat mereka di kala rakan-rakan seusia mereka membuat pelbagai persiapan menyambut lebaran.


No comments