Header Ads

Anak Terengganu wakil negara ke Asean-EU Young Leader Forum

Anak Terengganu wakil negara ke Asean-EU Young Leader Forum


KUALA TERENGGANU – Anak kelahiran Dungun, Ahmad Sharif Haron, 28, dipilih sebagai wakil Malaysia dalam Asean-EU Young Leader Forum di Brussels, Belgium.
Pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, beliau teruja kerana dipiliha sebagai satu-satunya wakil negara untuk melibatkan diri dalam forum tersebut.
Katanya, forum yang diadakan pada 26 dan 27 Februari ini turut melibatkan 10 wakil dari Asia Tenggara dan 28 wakil dari Kesatuan Eropah (EU).
“Peluang mewakili Malaysia dalam forum ini bermula apabila saya menghantar resume saya kepada Kementerian Luar Negeri dan Alhamdulillah pihak kementerian memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil.

“Saya juga amat teruja serta gembira apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sendiri mengucapkan tahniah di atas kejayaan saya untuk menjadi wakil Malaysia dalam forum tersebut,” katanya kepada Teganukita.
Beliau ditemui pemberita selepas menerima sumbangan dari Ahmad Razif di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, Dr Hashim Azmi Che Noh.

No comments