Beli bas amfibia RM3 juta, ini kesannya kepada rakyat Terengganu
Beli bas amfibia RM3 juta, ini kesannya kepada rakyat Terengganu
Dengan pelaburan kerajaan RM3 juta berpotensi untuk menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Terengganu. Mungkin sebelum ni jumlah pelancong dalam 1 juta orang setahun, lepas ni akan meningkat kepada 2 ke 3 juta bilangannya.
Hasil dari pelancongan, siapa yang mendapat manfaatnya adalah golongan peniaga, semua kedai makan akan berpotensi berlaku peningkatan dalam hasil jualan. Golongan penyediaan perkhidmatan juga akan mendapat keuntungan seperti hotel, homestay, chalet, dan lain-lain.
Dalam perkhidmatan pula perlu tenaga pekerja, jadi siapa yang terlibat? Anak muda, masyarakat setempat. Ini akan menjana peluang pekerjaan. Sebenarnya banyak lagi kesan dari pelaburan kalau kita dari prospek rangkaian ekonomi dan masyarakat.
Dengan pelaburan RM3 Juta pun, ada manfaat lain seperti penggunaan bas ni semasa banjir. Jadi ini satu usaha yang luar pemikiran, dengan sebuah bas berapa orang yang menggunakan dalam satu masa. Berbanding sebelum ni, penggunaan bot oleh Jabatan Bomba dan APM hanya dalam linkungan 10 orang dalam satu-satu masa.
Dalam polisi ekonomi negara pun, setiap pelaburan akan dilaksanakan penilaian dan analisis sebelum tindakan yang akan dijalankan. Sama ada menguntungkan atau sebaliknya.
Apa pun jika kita lihat dalam kontek yang lebih luar, kita akan nampak banyak manfaatnya kepada masyarakat dan pendapatan dalam negeri.