Orang Seberang Takir serbu Karnival Tentera Bersama Rakyat
Orang Seberang Takir serbu Karnival Tentera Bersama Rakyat
KUALA NERUS – Karnival Tentera Bersama Rakyat di Taman Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir, di sini hari ini diserbu masyarakat setempat.
Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, setakat pukul 11 pagi tadi, jumlah mereka yang hadir melebihi 10 ribu orang dan ia dijangka bertambah pada sebelah petang.
“Alhamdulillah, pada pagi ini sahaja lebih daripada 10 ribu yang hadir dan di sini pelbagai program sedang dijalankan termasuklah Jualan Sentuhan Rakyat yang menawarkan barang keperluan harian pada harga lebih rendah dari pasaran.
“Ini juga adalah salah satu permuafakatan antara pihak kerajaan dan golongan tentera yang memberi banyak manfaat kepada rakyat,” katanya.
Ahmad Razif berkata, karnival seumpama itu akan diadakan pada tahun hadapan dan akan diperluaskan ke daerah-daerah lain.
“InsyaAllah dengan sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat setempat, kita akan buat karnival ini pada tahun-tahun yang akan datang,” katanya.
Post a Comment