Jualan Sentuhan Rakyat dapat respon positif orang ramai
Jualan Sentuhan Rakyat dapat respon positif orang ramai
KUALA NERUS – Program Jualan Sentuhan Rakyat sempena Karnival Tentera Bersam Rakyat di Telaga Daing, di sini semalam menerima respon yang positif daripada masyarakat setempat.
Ini kerana, mereka dapat membeli pelbagai barangan keperluan harian membabitkan 30 jenis barangan boleh didapati antaranya ikan, ayam, daging, beras dan susu harga lebih rendah berbanding pasaran.
Seorang pengunjung, Hidayah Salahuddin berkata, dia sangat berpuas hati dengan barangan yang dijual kerana harganya yang lebih murah selain kualitinya yang terbaik.
“Kalau kat luar, ayam biasanya dijual dengan harga RM7-8 sekilo tapi di sini ia dijual hanya RM10 seekor. Memang berbaloi sangat beli kat sini,” katanya.
Sementara itu, seorang warga emas, Wan Abdullah Wan Deraman sanggup menunggang motosikal bersama-sama isterinya sejauh lebih 20km dari Batu Rakit semata-mata untuk membeli barangan keperluan harian.
“Sebelum ini saya dan isteri sudah pergi ke program Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di Tepoh baru-baru ini, jadi hari ini kami datang ke sini pula kerana tahu harga yang ditawarkan untuk barangan tiada di tempat lain,” katanya yang membeli beras, gula, susu dan beberapa barangan lain.
Melihat kepada sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai, seorang lagi pengunjung, Mohammad Sulaiman, berharap supaya program seumpama itu diteruskan pada masa yang akan datang.
Post a Comment